Baik lewat dari tidak.
September 1st, 2005 » 249 viewsBetapa geramnya hati apabila cuba melawati belog sendiri, yang menyambut kehadiran ialah sebaris ayat yang berbunyi “The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later.” Aduh, geramnya! Bukan itu sahaja, perkara ini berlaku semasa saya ingin menerbitkan draf dalam Bahasa Malaysia yang diilhamkan sempena Hari Kebangsaan ke-48. Memang terasa sedih berbaur marah (dan bodoh juga!). Walau bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan hasrat yang tergendala ini. Seperti kata-kata orang putih, “Better late than never”. Yang tidak berapa faham tu, maksudnya lebih baik lewat dari tidak.
Tanpa membuang masa, biar saya ucapkan sekali lagi kepada sekalian penghuni negara Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan! Saya cintakan Malaysia. Apa hendak dibuat, tanah tumpah darahku kononnya. Walaupun saya sering mempersendakan keadaan politik negara ini, niat saya bukanlah jahat. Saya cuma ingin negara ini untuk berhenti berangan-angan. Saya sememangnya telah jelak dengan ahli-ahli politik yang menutupi mata rakyat dengan janji-janji kosong dan aktiviti PR yang mengkagumkan.
Sebenarnya, saya tidak kisah siapa yang memerintah